TAK CUKUP DUIT JAMIN

Jaminan mahkamah (court bail) ialah satu perintah mahkamah yang membenarkan seorang yang dituduh di Mahkamah untuk dibebaskan sementara menunggu perbicaraan, dengan syarat-syarat tertentu.

Jumlah jaminan dan syarat jaminan adalah bergantung kepada kes tersebut dan rayuan yang dikemukakan.

Namun, sekiranya pada hari pertuduhan, Mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh, namun penjamin tidak cukup duit untuk jamin apakah yang akan berlaku?

Baik,

Sekiranya sehingga jam 5 petang dan tertuduh tidak dijamin, tertuduh akan dibawa ke Penjara untuk direman sementara menunggu jaminan.

Boleh bayar jamin pada tarikh yang lain?

BOLEH.

Datang ke kaunter mahkamah, maklumkan ingin jamin tertuduh dan selebihnya Mahkamah akan uruskan.

Bagaimana pula kalau penjamin memang tak mampu nak bayar jamin?

Selagi tertuduh tidak dijamin, tertuduh akan berada dipenjara sebagai tahanan reman Mahkamah sehingga kes selesai.

Sekian.

Alif. Peguam Jenayah

Ada soalan boleh tulis di ruang komen.

About the author

Alif Tarmizi

Tuan Alif Tarmizi merupakan seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes jenayah sejak 2017. Antara kes yang pernah beliau kendalikan adalah kes Dadah, Jenayah Seksual, Jenayah Rasuah, Jenayah Komersial, POCA, SOSMA, Jenayah Berat dan lain-lain.

View all posts

2 Comments

  • Anak saya buat pinjaman berlesen & telah serahkan kad ATM utk bayaran blk pinjaman tersebut . Tetapi pihak pinjaman tersebut telah menggunakan akaun anak saya sebagai akaun keldai.
    Kes ini akn dibicarakan pd 24/12/25.
    Mnta jasa baik pihak tuan utk bg nasihat & pandangan

    • Pertamanya, dalam apa keadaan sekalipun sebenarnya kita tidak boleh beri kad atm pada pihak ketiga. Kedua, kalau puan rasa tidak bersalah boleh jangan mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Kalau tak mampu lantik peguam boleh mohon peguam yayasan bantuan guaman kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *