TIDAK HADIR MAHKAMAH

A (tertuduh) telah dituduh dengan kesalahan membuat duit palsu.

A telah dijamin oleh B (penjamin)

Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan.

A gagal hadir ke Mahkamah dan tiada penjelasan diberikan.

B juga tidak hadir ke Mahkamah untuk memberikan apa-apa penjelasan.

Apa yang akan berlaku?

Pertama, Mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap kepada A dan notis kehadiran kepada B untuk hadir ke Mahkamah.

Sekiranya pada tarikh yang ditetapkan Mahkamah A hadir memberikan penjelasan dan mahkamah menerima penjelasan berkenaan, maka waran tangkap akan di batalkan.

Manakala, sekiranya A tidak hadir atau hafir tapi memberikan penjelasan yang tidak boleh diterima Mahkamah, maka Mahkamah boleh membatalkan jaminan dan wang jaminan boleh dirampas.

Mahkamah juga boleh meminda jumlah jaminan sekiranya A hadir dan memberikan penjelasan yang kurang memuaskan namun mahkamah ingin memberikan peluang semula.

Faham?

Ada soalan? Sila komen

Sekian.
Alif. Peguam Jenayah

Gambar : Gemini AI

About the author

Alif Tarmizi

Tuan Alif Tarmizi merupakan seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes jenayah sejak 2017. Antara kes yang pernah beliau kendalikan adalah kes Dadah, Jenayah Seksual, Jenayah Rasuah, Jenayah Komersial, POCA, SOSMA, Jenayah Berat dan lain-lain.

View all posts