Peguam Jenayah KL, Selangor & Negeri Sembilan dan Pengasas Blog Peguam Jenayah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.
Saya Alif, Peguam Jenayah yang hanya mengendalikan kes jenayah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Saya telah ditauliahkan sebagai peguam pada 28 Julai 2017 dan seterusnya menubuhkan Firma Guaman saya sendiri, Tetuan Alif & Co pada 1 Febuari 2018.
PENGALAMAN
Sejak penubuhan Tetuan Alif & Co, saya telah membantu ramai individu yang berhadapan dengan pertuduhan jenayah, sama ada untuk mendapatkan pembebasan daripada pertuduhan atau membantu mendapatkan hukuman yang lebih ringan berdasarkan prinsip undang-undang dan keadilan.
Antara jenis kes yang pernah saya kendalikan termasuk:
- Kes Pengedaran Dadah – Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya;
- Kes Dadah/ Narkotik – Pemilikan dadah dan penyalah gunaan dadah;
- Kes di bawah SOSMA;
- Kes POCA;
- Kes LLPK;
- Kes ATIPSOM;
- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak;
- Kes Jenayah Seksual;
- Kes Jenayah Komersial;
- Kes Rasuah;
- Kes Pecah Amanah;
- Kes Jenayah Trafik;
- Kes Jenayah Berat;
- Dan pelbagai kes jenayah lain
Berikut merupakan sebahagian daripada kes-kes yang saya kendalikan daripada 2018 sehingga 2023;












PERANAN SEBENAR PEGUAM JENAYAH
Ramai masyarakat mempunyai salah faham mengenai peranan peguam jenayah.
Peguam jenayah bukan mewakili mangsa untuk mensabitkan kesalahan seseorang tertuduh.
Dalam sistem keadilan jenayah Malaysia:
- Polis bertanggungjawab menyiasat kes
- Pendakwa Raya bertanggungjawab membawa kes terhadap tertuduh bagi pihak kerajaan.
Manakala peranan peguam jenayah adalah untuk:
✅ Mewakili tertuduh dalam proses reman, jaminan, rayuan mitigasi dan perbicaraan;
✅ Memastikan proses undang-undang dijalankan secara adil; dan
✅ Memberi nasihat undang-undang kepada tertuduh dan keluarga
SIAPA YANG PERLU MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM JENAYAH?
Khidmat peguam jenayah biasanya diperlukan apabila seseorang
- Ditahan atau disiasat oleh polis
- Direman oleh Mahkamah
- Dituduh di Mahkamah
- Menghadapi perbicaraan jenayah
- Ingin membuat rayuan hukuman atau sabitan
Jika Tuan/Puan atau ahli keluarga menghadapi situasi tersebut, adalah penting untuk mendapatkan nasihat peguam jenayah seawal mungkin.
SKOP PERKHIDMATAN SAYA
Saya hanya mengendalikan kes jenayah dan mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) sahaja.
Perkhidmatan saya merangkumi:
- Representasi semasa permohonan reman
- Permohonan dan rayuan jaminan
- Pengendalian perbicaraan jenayah
- Mitigasi hukuman
- Rayuan kes di:
- Mahkamah Tinggi
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Persekutuan
- Pengendalian kes POCA & LLPK
Bermula tahun 2025, saya hanya mengendalikan kes di:
📍 Kuala Lumpur
📍 Selangor
📍 Negeri Sembilan
KES YANG TIDAK SAYA KENDALIKAN
Saya tidak mengendalikan kes berikut:
- Kes Sivil
- Kes Hartanah
- Kes Syariah
- Mana-mana kes selain kes jenayah dan
- Kes diluar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan (atas faktor kos dan keberkesanan pengendalian kes)
JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR PEGUAM
Sekiranya Tuan/Puan tidak berkemampuan untuk melantik peguam persendirian, Tuan/Puan boleh mendapatkan bantuan daripada:
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
Tuan/Puan boleh:
- Membuat carian Google “YBGK” mengikut negeri kes didaftarkan, atau
- Bertanya di kaunter Mahkamah
Permohonan perlu dibuat terus kepada pihak YBGK negeri masing-masing.
CARA MENGHUBUNGI SAYA
Sekiranya Tuan/Puan atau ahli keluarga terlibat dalam kes jenayah dan ingin mendapatkan khidmat peguam jenayah, Tuan/Puan boleh menghubungi saya melalui WhatsApp:
📱 011-1474 0734
Tuan/Puan boleh memperkenalkan diri dan nyatakan secara ringkas masalah yang dihadapi.
Contoh mesej:
“Assalamualaikum En Alif. Saya [Nama] dari [Lokasi]. Saya membaca blog tuan. Anak/Keluarga saya telah dituduh di bawah Seksyen [Sebutkan Seksyen/Kes] di Mahkamah [Lokasi Mahkamah]. Mohon khidmat nasihat tuan.”
Bertindak segera boleh membuat perbezaan besar dalam keputusan kes anda.
Assalamualaikum En Alif. Saya Hadi dari Ipoh. Saya dapat nombor Encik Alif dari Blog. Anak saya telah dituduh dibawah seksyen 39a(2)di Mahkamah Seremban. Boleh saya dapatkan khidmat tuan?
Walaikumsalam En Hadi. Boleh whatsapp saya di 01114740734
assalamulaikum tuan saya punya sodara terlibat kes dadah dia telah naik mahkamah apakah bisa jamin tuah
Walaikumsalam kena tengok seksyen apa yang terlibat.
Seksyen 12(2),15(1), 39A(1) Boleh dijamin
Seksyen 39A(2), 39B & 39C Tidak boleh dijamin.
Assalamualaikum Saya nak nak cari peguan kes seksual 14 a ..untuk otk ..belah yg buat laparan 4 kali tak datang makamah ..hakim suruh peguan untuk menentu kes nie11,12,18,21 bulan mcam mnaa bulan5 nie
Walaikumsalam. Boleh whatsapp 01114740734
Asalamualaikum tuan. Saya pernah ditangkap beberapa tahun dulu atas jenayah narcotic(urine sangkut).nama saya telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai orang yang dikehendaki. Saya ingin menyelesaikan masaalah Saya ini Dan apa yang perlu Saya lakukan? Terima kasih.
Walaikumsalam. Boleh serah diri kepada pihak polis.
Assalamualaikum encik peguam..sy wakil dri adik sy ,kakak ipar kepada okt yg sedang direman disungai buluh atas tuduhan 39b.boleh bantu untuk kendali kn kes adik ipar sy tu tak?
Walaikumsalam. Boleh whatsapp saya di 01114740734.
Salam tuan, mahkamah majistret Sepang dekat bandar baru salak tinggi dekat tak dengan tempat tuan?
Wasalam. Ya Dekat
Assalamualaikum Tuan, saya nak tanya bolehkah anggota polis LLP memaksa orang awam melakukan kesalahan kes jenayah semasa sekatan jalan raya walaupun orang awam itu tiada rekod atau tiada kesalahan.
Walaikumsalam. Macam mana anggota suruh lakukan kesalahan jenayah?
Salam boleh kah saya memfailkan saman malu ke atas individu yg telah membuka aib saya di dlm live tiktok dan membuat kenyataan tidak benar berkenaan orang tua saya yg masih hidup dikatakan telah meninggal dunia….dan saya ada 4 video record yg jelas berkenaan itu…perkara yg dituduh yang mengatakan
1.saya menghantar Jin kepada mereka utk membinasakan sdgkan tidak ada
2.menyatakan saya seorang penagih dadah(mengambil syabu)
3.mengatakan saya seorang scammer
4.Mengaibkan Ayah saya yang masih hidup dikatakan telah meninggal dunia
semua bukti ada…video dan whatsapp voice yg menyebabkan saya rasa aib keluarga telah di cemari berapa individu di dlm live tiktok tersebut.
adakah saya blh memfailkan kes saman malu ke atas individu…
Wasalam. Boleh. Encik boleh melantik peguam sivil untuk memfailkan saman.
Hi, Assalamualaikum tuan, saya nak tanya. Tuan ada buat untuk saman fitnah/malu dll?
Walaikumsalam. saya tidak mengendalikan kes saman fitnah/malu buat masa ini.
Assalamualaikum En Alif. Saya Fatin dari Ipoh, Saya dapat nombor Encik Alif dari Blog. Suami saya telah dituduh dibawah Sek 44 (1A) (a) , Boleh saya dapatkan khidmat tuan?
Sekian, terima kasih.
Walaikumsalam. Boleh whatsapp saya di 01114740734
Hello sir,my name is mdm Letchumy from Penang.My case is under seksyen 379 since the year 2021.Lately the Plaintiff agreed to withdraw the case and already withdraw police reports and their lawyer already submitted representation to DPP.The DPP rejected and insisted to proceed the case … Pls help me sir.Thanks.
Hi. Since the defendant only withdraw the report after the case had gone prima facie stage, therefore, the case shall continue.
Assalammuaalaikum.. Tuan Tarmizi. Bagaimana jika saya ditipu dalam pembahagian harta sepencarian. Dia memberi harta yang bukan milik dia. Rumah tersebut adalah milik bekas isteri dan tidak boleh dijual atau dipinda milik. Adakah dia memalsukan dokumen
Walaikumsalam. yang itu kena rujuk dengan peguam syariah. Kalau ada bukti dia memalsukan dokumen boleh buat laporan polis.
Salam tuan tarmizi… boleh ke kalau suspek yang dituduh dan didakwa bawah seksyen 302 atas tuduhan membunuh tetapi dia tidak ada niat disebabkan oleh orang lain yang membuat kan dia terlibat jadi boleh ke tuan handle kes ni??
Wasalam. yang ni perlu whatsapp personal. saya tak boleh jawab secara terbuka di sini. Whatsapp 01114740734
Assalamualaikum En.Alif..Jika seseorang dipukul beramai-ramai,dan yang memukul itu anggota polis dan rakan2nya (luar tugasan)..Apa tindakan yg boleh diambil terhadap anggota polis tersebut? Keadaan mangsa agak teruk,mangsa sememangnya ada buat salah kepada pelaku..Adakah masih terbela nasib mangsa? Apa yg diperlukan untuk membela nasib mangsa?
Walaikumsalam. Boleh buat laporan polis segera dan dapatkan rawatan di hospital. Maklumkan kepada doktor yang anda dipukul.
Assalammualaikum encik Adi , saya ada anak buah kena sabotaj , boleh ke encik Adi bantu kami sekeluarga
Walaikumsalam. Pertamanya nama saya Alif. Kedua encik kena sabotaj kes apa?
Assalamualaikum En Alif,
Saudara sy terlibat dgn kes sosma, dia menerima kerja utk transport warga asing. Apakah tuduhan yg bakal dia kenakan jika didapati bersalah?
Walaikumsalam. Boleh dituduh dibawah Akta Anti Pemerdangana Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) yang merupakan salah satu akta dibawah sosma. Untuk maklumat lanjut whatsapp 01114740734
Hai Assalamualaikum saya ingin bertanya, apa kena buat ye sekiranya orang ada seseorang mempermalukan kawan saya di media sosial, maaf soalan ini agak sedikit privacy tapi ini tentang maruah dan juga air muka kawan saya, kawan saya ada berkenalan dengan seseorang di DS( dark side twitter) kemudian mereka berjumpa nak dipendekkan cerita kawan saya tinggalkan dia kemudian pihak perempuan tidak berpuas hati dan telah expose muka beliau dan alat kelamin beliau di media sosial turut disertakan pihak belah perempuan telah pun memberikan nombor telefon peribadi di twitter beliau tersebut, secara tidak langsung ramai orang telah spam call beliau dan beliau terpaksa untuk delete nombor, whatsapp dan telegram beliau disebabkan terasa terganggu dan malu pihak perempuan juga telah menyatakan beliau meminjam duit sebanyak rm500 walhal tiada satu sen pun beliau telah pinjam dan tiada sebarang transaksi yang kawan saya meminjam sebanyak rm500 daripada pihak perempuan jadi sekarang apa perlu kawan saya lakukan Mohan. Terima kasih banyak- banyak sekiranya dapat memberikan pencerahan, sekian terima kasih.
Walaikumsalam. Dalam kes ini kena buat laporan polis segera. Pihak polis akan siasat perkara ini dan sekiranya terbukti ada unsur jenayah, pihak polis akan mengambil tindakkan termasuk menahan perempuan berkenaan.
Salam Tuan Alif. Baru baru ini saya ada dapat ugutan dari seseorang dimana dia akan viralkan butir butir suami saya di media sosial atas alasan suami saya tidak bayar hutang nya. Walhal suami telah bayar lebih dari yg diambil. Dia juga telah meletakkan gambar muka suami berserta no telefon saya. Dia juga ada tunjuk kereta dan rumah saya. Soalan saya, bolehkah saya failkan saman terhadap org tersebut yang selalu ganggu hidup saya padahal saya tiada kena mengena dalam kes antara dia dan suami.
Wasalam. Tentang isu saman menyaman ni saya tak buat. Ini perlu rujuk peguam sivil. Apa yang boleh saya nasihatkan adalah puan boleh buat laporan polis atas gangguan dan ugutan yang diterima.
Salam Tuan Aliff, saya nak tahu macam mana proses selepas dpt khidmat peguam? Adakah pihak peguam akan sentiasa maklum maklumat berkaitan kes samada ditunda / progress kes kepada pihak keluarga?
Wasalam. Peguam bertanggungjawab untuk memaklumkan apa-apa perkembangan kes. Tetapi tidaklah hari-hari perlu maklum. Pun begitu, kalau ada apa-apa masalah cuba hubungi peguam tanya apa perkembangan kes.
assalamualaikum tuan alif.. suami saya terlibat dengan kes jenayah. saya haya dimaklumkan yg suami “roadshow” dan bolehkah saya menggunakan khidmat anda
Walaikumsalam. Boleh whatsapp 01114740734
Good day,
I have case if my adik whom left house and had to find her. We found that person that brought had we had an argument ended up fighting. After police case and resolved. After 2 years he tail me from my residence till blind spot area and blocked my cars then attacked me using an iron rod. Police and medical report had made in year 2022. Under seksyen 324 but he was only under remain for 6 days. Now he is back and threatening me requesting a video of apologies that I had mistakenly gave a report and he is innocent. Is under seksyen 506. This is repeatedly happening. What can I do. Please advise
Ask Police officer what is the status of the report and make a police report for threatening.
Hai assalamualaikum, Tuan Alif. saya nak bertanyakan soalan tentang seseorang telah memalsukan alamat rumah nya ke atas alamat rumah saya dan berhutang. sekarang mereka sudahpun keluarkan notis sita rumah atas kami kerana pemalsuan alamat rumah. bagaimana ataupun cara utk saya saman keatas individu tersebut?
Walaikumsalam. Maaf puan, isu ini dibawah kes Sivil dan saya tidak mengendalikan kes Sivil. Walau bagaimanapun, adalah menjadi pelik bagi satu notis sitaan dikeluarkan terhadap rumah milik orang lain walaupun alamat tersebut telah dipalsukan. Nasihat saya buat 1 laporan polis berkenaan dengan pemalsuan alamat dan lantik peguam sivil untuk tindakkan seterusnya
salam tuan…mohon pencerahan…adakah tuan mengendalikan kes berkenaan tuntutan hutang…
Walaikumsalam. Tidak
Saya perlukan peguam bagi kes tuduhan ke atas saya.
kes akta 559.
nombor telefon saya 010-6661052
Boleh whatsapp 01114740734
Salam Tuan Alif,
saya ingin bertanya..saya telah meminjamkan kereta pada adik saya.. dan dia membawa kawannya untuk berjumpa dengan kawan lain.. dan kawan dia telah melakukan samun tanpa pengetahuan adik saya.. kawan dia telah melarikan diri.. adik saya ditahan dan diberi jamin polis dan dijadikan saksi kejadian.. sekarang kereta saya berada di ipd selama 8 bulan.. io berkata telah menghantar permohonan pada mahkamah untuk serah kereta.. tetapi sehingga kini masih dgn jawapan yg sama iaitu mahkamah belum approve.. persoalan saya, berapa lama mahkamah ambil masa untuk luluskan permohonan dan ada cara lain tak untuk saya dapatkan kereta saya balik?? mohon penjelasan dari Tuan..
Salam tuan.
Saya nak tanya kawan saya ada terlibat dalam penipuan penggunaan kad pengenalan untuk loan aeon tapi dia memang tak pernah langsung contact aeon. Tahu tahu kad pengenalan dia telah digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi case macamni boleh fight dekat mahkamah ke? sebab pihak aeon telah memaksa kawan saya untuk membayar juga amout yang diberikan. Mohon penjelasan dan nasihat dari tuan. Terima kasih.
Wasalam. Mula-mula sekali buat laporan Polis berkaitan dengan salah guna kad pengenalan. Minta pihak polis untuk melakukan siasatan. Kemudian dapatkan nasihat peguam sivil sekiranya pihak Aeon mengambil tindakkan saman.
Assalammualaikum tuan adik saya tahanan POCA saya nak tanya berapa kos jika saya ambik khidmat
Walaikumsalam. Puan boleh whatsapp saya di 01114740734.
assalamualaikum tuan. kalau kes 39 c boleh ke minta rayuan denda/jamin ?
Walaikumsalam. Tidak boleh.
Salam tuan aliff , saya nak Tanya tuan aliff saya dah menjadi mangsa keldai akaun sampai sekarang Dari bulan may sampai Bulan ni sekarang , so apa patut saya buat tuan aliff kalau Surat report balai dah Ada , tinggal Naik makhamah ke ?
Wasalam. ya sebaiknya dapatkan nasihat peguam sebelum tarikh mahkamah.
Assalamualaikum tuan..kawan saya ada terima ugutan berkenaan untuk penyebaran perbualan telegram berkenaan beli video 18+ yg ditawarkan di media social..bayaran telah dibuat, maklumat nombor telefon & Instagram juga telah di beri beliau kepada penjual..tetapi penjual telah screenshot perbualan, edit dan membuat ugutan kepada beliau serta meminta bayaran keseluruhan sehingga berjumlah rm2400 dengan jaminan screenshot tadi tidak disebarkan kepada rakan, keluarga & pihak polis..tapi setelah beliau terpaksa membayar, beliau telah dihubungi semula oleh pengugut supaya membayar lagi dan akan menyebarkan screenshot terbabit sekiranya tidak membayar…apakah yg perlu dilakukan oleh penerima ugutan? Sama ada membuat laporan polis? Penukaran nombor telefon? Menyahaktif social media?
Walaikumsalam. Membeli video lucah secara online merupakan satu kesalahan. Nasihat saya buat laporan polis terhadap orang yang memeras ugut supaya pihak polis boleh tangkap dan menghentikan pemerasan.
Assalamualaikum.. saya nak Tanya ayah saudara saya Serah diri di balai polis selasa tadi atas kes rogol .. kejadian rogol tu sudah berlaku hampir 2minggu lalu Dan mangsa juga tiada membuat sebarang laporan polis mengatakan dia dirogol . Pakcik saya yang rela serah diri di balai polis.. soalan saya ialah adakah pegawai penyiasat Kes tersebut akan melepaskan dia dari tuduhan rogol tersebut atau sebaliknya
Walaikumsalam. Ini kena tanya pegawai penyiasat kes
Slm tuan.. ank Sye ade buat report polis yg adik saya [paksu]ugut pegang parang sebab nk pinjam moto kepunyaan ank Sye.. bila nk tarik report IO ckp xblh tarik sebab kes dh sampai mahkamah dan adik saya tu dh mengaku salah.. tapi ank Sye xnk teruskan kes ni. Ade cara lain ke KLU kita xnk teruskn kes ni
Kalau tertuduh dah mengaku salah kes dah tamat dah tak boleh buat apa-apa
Assalamualaikum En.Alif, saya nak tanya berkenaan kes narkotik..saya ada makan ubat hospital dan surat dari doktor pun ada..bila buat urine detect ubat yang saya makan tu..tapi polis tetap tahan saya dan reman..saya juga perlu ke mahkahmah..apa perlu buat ye?
Walaikumsalam. Boleh whatsapp 01114740734