Hubungi Saya

Maklumat Perhubungan & Terma Perkhidmatan

Sebelum menghubungi pihak kami, mohon perhatian tuan/puan terhadap perkara-perkara berikut bagi memastikan urusan komunikasi berjalan lancar:

1. Bidang Kuasa & Skop Perkhidmatan

Saya merupakan peguam bela yang hanya mengendalikan kes jenayah. Skop perkhidmatan saya adalah terhad kepada mewakili individu yang:

  • Telah ditangkap oleh pihak berkuasa; dan/atau
  • Sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Nota Penting: Saya tidak mewakili mangsa dalam kes jenayah. Mengikut prosedur perundangan, kepentingan mangsa akan diwakili secara rasmi oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

2. Lokasi Liputan

Perkhidmatan guaman saya hanya tertumpu kepada kes-kes yang didaftarkan di mahkamah sekitar:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan

3. Skim Bantuan Guaman

Harap maklum bahawa saya tidak menawarkan khidmat guaman secara percuma (pro bono). Sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan guaman tanpa kos (atas faktor ketidakmampuan kewangan), sila hubungi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di negeri masing-masing untuk bantuan lanjut.

4. Had Kepakaran

Saya tidak mengendalikan perkara-perkara di luar bidang jenayah, termasuk namun tidak terhad kepada:

  • Sivil: Tuntutan saman-menyaman.
  • Syariah: Urusan keluarga atau perundangan Islam.
  • Hartanah: Urusan jual beli rumah dan dokumentasi berkaitan.

________________________________________________________________________________________________________________

Contact Information & Terms of Engagement

To ensure an efficient process, please review the following terms and conditions before contacting my office:

1. Scope of Practice

My legal practice is strictly limited to Criminal Defense. I provide legal representation exclusively for:

  • Individuals who have been arrested or detained by the authorities.
  • Individuals currently facing criminal charges in court.

Please Note: I do not represent victims in criminal proceedings. In accordance with legal procedures, victims are represented by the Deputy Public Prosecutor (DPP).

2. Jurisdictions Covered

My legal services are provided specifically for cases within the following jurisdictions only:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan

3. Legal Fees & Pro Bono Policy

Please be advised that I do not handle cases on a pro bono (free of charge) basis. If you require legal assistance but lack the financial means, please contact the National Legal Aid Foundation (YBGK) in your respective state (e.g., YBGK Selangor) for further assistance.

4. Exclusions (Non-Criminal Matters)

I do not provide legal services for any matters outside of criminal law, including but not limited to:

  • Civil Litigation: Lawsuits, claims, and disputes.
  • Syariah Law: Family and religious matters.
  • Conveyancing: Property sales, purchases, and real estate documentation.
*sila perkenalkan diri sebelum bertanya soalan dan teruskan dengan soalan Tuan/Puan. Saya akan cuba membalas whatsapp berkenaan secepat mungkin. Terima kasih