AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 (SOSMA)

Sosma (Security Offences (Special Measures) Act 2012) atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 merupakan akta baru yang digubal pada tahun 2012 menggantikan ISA.

Akta ini diperkenalkan bagi mengambil tindakkan terhadap kesalahan-kesalahan yang melibatkan keselamatan negara.

KESALAHAN DIBAWAH AKTA SOSMA

Kesalahan-kesalahan dibawah Akta Sosma adalah kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dibawah Bab VI, VIA dan VIB Kanun Keseksaan, Kesalahan dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (kesalahan dibawah Bahagian IIIA) atau dikenali sebagai ATIPSOM dan kesalahan dibawah Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

Antara pertuduhan yang sering dituduh dibawah Akta Sosma adalah kesalahan dibawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli dalam kumpulan jenayah terancang atau kesalahan menyeludup warga asing ke dalam atau keluar dari Malaysia.

REMAN

Seseorang yang ditangkap dibawah akta ini boleh direman sehingga 28 hari.

JAMINAN

Seseorang yang dituduh dibawah akta ini tidak boleh dijamin kecuali seorang kanak-kanak (usia dibawah 18 tahun), seorang perempuan atau seorang yang sakit atau uzur tertakluk kepada budibicara Mahkamah.

PERTUDUHAN

Seseorang yang dituduh dibawah akta ini akan dituduh di Mahkamah Sesyen terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

PEMBELAAN

Untuk membuktikan seseorang tertuduh itu tidak bersalah dari pertuduhan dibawah akta ini, tertuduh perlu membuktikan di Mahkamah bahawa dia tidak pernah terlibat atau melakukan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Sosma.

Namun begitu, perbicaraan di dalam kes Sosma amatlah rumit kerana prosedurnya berbeza dengan kes perbicaraan biasa dan melibatkan saksi pendakwaan yang ramai.

PENUTUP

Secara peribadi saya sendiri pernah mengendalikan tiga kes yang melibatkan kesalahan dibawah akta ini. Ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menang namun tidak juga suatu yang mustahil. Mereka yang tidak bersalah mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dibebaskan. Namun perbicaraan yang panjang dan kes yang tidak boleh dijamin menyebabkan kebanyakkan tertuduh memilih untuk mengaku salah sekiranya mendapat tawaran dengan hukuman penjara 2 – 3 tahun

About the author

Alif Tarmizi

Tuan Alif Tarmizi merupakan seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes jenayah sejak 2017. Antara kes yang pernah beliau kendalikan adalah kes Dadah, Jenayah Seksual, Jenayah Rasuah, Jenayah Komersial, POCA, SOSMA, Jenayah Berat dan lain-lain.

View all posts