SEKSYEN 506 KANUN KESEKSAAN: UGUTAN JENAYAH

PENGENALAN

Ugutan merupakan satu kesalahan jenayah dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UGUTAN JENAYAH

Ugutan jenayah telah ditafsirkan di dalam seksyen 503 Kanun Keseksaan yang mana secara ringkasnya sebagai mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta, dengan niat untuk mencetus kegentaran (ketakutan) kepada mangsa atau untuk memaksa mangsa tersebut melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Sebagai contoh “aku bakar rumah kau kalau kau tak keluar sekarang!

HUKUMAN

Terdapat 2 jenis hukuman yang terdapat didalam seksyen 506 Kanun Keseksaan bergantung kepada jenis atau tahap ugutan tersebut sepertimana berikut;

  • Sekiranya ugutan untuk menyebabkan kematian, cedera parah, kerosakan melalui kebakaran (seperti bakar rumah), mentomahkan seorang perempuan sebagai jalang, atau hendak menyebabkan apa-apa kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara boleh sampai 7 tahun – hukuman penjara boleh sampai 7 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali;
  • Sekiranya ugutan tersebut selain yang dinyatakan di atas – hukuman penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, sekiranya tertuduh membuat pengakuan bersalah di peringkat awal, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman dendan terutamanya kepada pesalah kali pertama. Namun begitu, jumlah denda adalah bergantung kepada Mahkamah.

APAKAH YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN

Pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa tertuduh telah menyatakan kata-kata ugutan kepada mangsa sama ada ugutan tersebut secara lisan mahupun secara bertulis.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, berhati-hati dalam melontarkan kata-kata terutamanya ketika marah bagi mengelakkan anda didakwa di Mahkamah.

About the author

Alif Tarmizi

Tuan Alif Tarmizi merupakan seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes jenayah sejak 2017. Antara kes yang pernah beliau kendalikan adalah kes Dadah, Jenayah Seksual, Jenayah Rasuah, Jenayah Komersial, POCA, SOSMA, Jenayah Berat dan lain-lain.

View all posts

2 Comments