Kesalahan mengedar dadah merupakan satu kesalahan yang serius di Malaysia dan sekiranya ditangkap, tertuduh boleh dituduh dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang awam untuk melakukan kesalahan ini sebaliknya saya menulis artikel ini sebagai kesedaran dan pengetahuan orang awam agar dapat mengelakkan diri dari terlibat dengan kesalahan penggedaran dadah.
HUKUMAN
Seseorang yang ditangkap dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.
REMAN
Seseorang yang ditahan oleh polis dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu dikemukakan dihadapan majistret dalam tempoh 24 jam selepas ditahan. Majistret boleh membenarkan tempoh reman maksimum 14 hari bagi dua permohonan yang mana dalam permohonan pertama tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 7 hari dan 7 hari lagi bagi tempoh reman kedua.
Dalam tempoh 14 hari, suspek perlu dituduh di Mahkamah atau dilepaskan sekiranya tiada arahan untuk menuduh suspek daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
PERTUDUHAN
Pertuduhan bagi kesalahan ini akan dimulakan di Mahkamah Majistret terlebih dahulu. Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas laporan kimia mendapati berat bersih dadah adalah dalam lingkungan yang membolehkan seseorang dibicarakan dibawah seksyen 39B.
Namun, sekiranya berat bersih tidak mencapai lingkungan dibawah seksyen 39B, maka satu pertuduhan pindaan akan diperkenalkan dan tertuduh akan dituduh dibawah seksyen yang baru sama ada dibawah seksyen 39A(1) atau seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
JAMINAN
Dibawah seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952, tertuduh yang dituduh dibawah seksyen 39B Akta yang sama tidak boleh dijamin. Namun begitu terdapat beberapa kes terpencil yang membenarkan jaminan dan amat jarang berlaku.
ELEMEN YANG PELU DIBUKTIKAN
Pihak pendakwaan perlu membuktikan sama ada tertuduh telah melakukan perbuatan (conduct) sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya yang menyatakan;
“pengedaran dadah” termasuklah melakukan salah satu daripada perbuatan-perbuatan ini, iaitu menghilang, mengimport, mengekspot, menyimpan, menyorok, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengankut, membawa, menghantar, mengirim, berusaha mendapatkanya, membekal atau mengedar sesuatu dadah berbahaya atau dengan cara lain di bawah penguatkuasaan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
atau tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah seperti mana yang dinyatakan dibawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya yang menyatakan;
mana-mana orang yang didapati ada dalam jagaannya atau di bawah pengawalannya apa-apa sahaja yang mengandungi sebarang dadah berbahaya adalah sehingga sebaliknya dibuktikan, diaggap ada dalam pemilikannya dadah tersebut dan adalah, sehingga sebaliknya dibuktikan dianggap telah mengetahui tentang sifat-sifat dadah tersebut;
(i) 15 grammes or more in weight of heroin;
(ii) 15 grammes or more in weight of morphine;
(iii) 15 grammes or more in weight of monoacetylmorphines;
(iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphines or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs;
(iv) 1,000 grammes or more in weight of prepared opium;
(v) 1,000 grammes or more in weight of raw opium;
(va) a total of 1,000 grammes or more in weight of prepared opium and raw opium;
(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis;
(vii) 200 grammes or more in weight of cannabis resin;
(viii) a total of 200 grammes or more in weight of cannabis and cannabis resin;
(ix) 40 grammes or more in weight of cocaine;
(x) 2,000 grammes or more in weight of coca leaves;
(xi) 50 grammes or more in weight of 2-Amino-1-(2, 5-dimethoxy-4-methyl) phenylpropane;
(xii) 50 grammes or more in weight of Amphetamine;
(xiii) 50 grammes or more in weight of 2, 5-Dimethoxyamphetamine (DMA);
(xiv) 50 grammes or more in weight of Dimethoxybromoamphetamine (DOB)
(xv) 50 grammes or more in weight of 2, 5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET);
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine;
(xvii) 50 grammes or more in weight of 5-Methoxy-3, 4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA);
(xviii)50 grammes or more in weight of Methylenedioxyamphetamine (MDA);
(xix) 50 grammes or more in weight of N-ethyl MDA;
(xx) 50 grammes or more in weight of N-hydroxy MDA;
(xxi) 50 grammes or more in weight of N-methyl-1 (3, 4-methylenedioxyphenyl)-2-butanamine;
(xxii) 50 grammes or more in weight of 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA);
(xxiii) 50 grammes or more in weight of Paramethoxyamphetamine (PMA);
(xxiv) 50 grammes or more in weight of 3, 4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA); or
(xxv) a total of 50 grammes or more in weight of any combination of the dangerous drugs listed in subparagraphs (xi) to (xxiv)
Dalam Bahasa mudahnya, sekiranya anda ditahan dengan jumlah dadah seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh dianggap sebagai seorang pengedar dadah dan boleh dituduh serta dihukum dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Namun begitu, sebelum anggapan (presumption) ini boleh digunapakai, pihak Pendakwaan perlu terlebih dahulu membuktikan anda mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan tentang dadah yang dijumpai berkenaan.
PEMBELAAN
Sekiranya anda tidak bersalah, peguam anda perlu membuktikan bahawa anda sama ada;
- Tidak ada pengetahuan tentang kewujudan dadah berkenaan (knowledge); dan/atau
- Tidak mempunyai kawalan atau milikan terhadap dadah berkenaan (custody and control)
Walau bagaimanapun, caranya adalah subjektif dan sangat teknikal dan setiap kes mempunyai cara yang berbeza berdasarkan fakta kes berkenaan.
KESIMPULAN
Kesalahan dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya merupakan satu kesalahan yang berat dan serius. Namun begitu saya juga berhadapan dengan beberapa situasi yang mana tertuduh-tertuduh ini pada pengamatan saya adalah tidak bersalah cumanya berada di tempat kejadian pada waktu yang salah.
Sekiranya anda benar-benar tidak bersalah, dapatkan nasihat peguam yang betul dan berpengalaman mengendalikan kes jenayah khusunya kes dibawah seksyen 39B ini kerana kes ini sangat rumit dan sangat teknikal. Tempoh masa perbicaraan juga akan makan masa bertahun-tahun.
Semoga bermanfaat.