Untuk seseorang yang dituduh di Mahkamah dan memilih untuk mengaku salah, tak perlu lantik peguam.
Buat sendiri, jimat duit.
Anda perlu maklumkan kepada Mahkamah;
Umur anda;
Pendapatan anda;
Tanggungan anda;
Kesihatan anda dan kesihatan Tanggungan anda;
Dan faktor mitigasi yang lain seperti umur (pesalah muda), kesalahan pertama dan lain-lain.
Kemudian, minta pada Mahkamah hukuman denda atau penjara dari tarikh tangkap.
Itu sahaja.
Cumanya, keputusan Hakim nanti adalah muktamad.
Tidak boleh nak tukar pengakuan tidak bersalah bila Hakim beri hukuman tidak seperti yang dijangka.
Kalau tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim, boleh buat rayuan terhadap hukuman di Mahkamah Tinggi.
Rayuan pula kena buat dalam tempoh 14 hari dari tarikh jatuh hukum.
ADA BEZA KE KALAU PAKAI PEGUAM UNTUK MENGAKU SALAH?
Ada.
Peguam ini diajar untuk mengenal pasti faktor-faktor mitigasi yang boleh membantu tertuduh untuk hukuman lebih rendah, bersesuaian dengan fakta kes.
Selain itu, peguam juga akan berbincang dengan Pendakwa Raya tentang hukuman yang bakal dikenakan kepada tertuduh sebelum tertuduh Mengaku bersalah.
Ini akan membolehkan tertuduh bersedia secara mental, fizikal dan kewangan dengan hukuman yang bakal dikenakan.
Peguam juga boleh membantu tertuduh untuk dapatkan hukuman alternatif (turun seksyen atau bon berkelakuan baik) dengan menghantar representasi kepada Pendakwa Raya atau membantu penyelesaian kes diluar Mahkamah.
Sekian.
Alif. Peguam Jenayah