Rogol merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 375 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen 376(1) Akta yang sama yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun serta hendaklah dihukum dengan hukuman sebat.
Di dalam artikel ini saya akan berkongsi tentang apakah yang dimaksudkan dengan “rogol” dalam konteks undang-undang, tempoh reman bagi seseorang yang disiasat atas kesalahan rogol, apakah yang perlu dibuktikan di Mahkamah dan apakah nasihat saya kepada mangsa-mangsa rogol supaya mereka boleh mendapatkan keadilan yang seadilnya.
1.APAKAH MAKSUD ROGOL DARI SEGI UNDANG-UNDANG
Berdasarkan undang-undang, “rogol” (rape) didefinasikan sebagai perlakuan hubungan klamin (seks) diantara lelaki dan perempuan tanpa persetujuan perempuan tersebut.
Walau bagaimanapun, seseorang lelaki juga boleh dituduh dan disabitkan dengan hukuman merogol jika hubungan kelamin (seks) diantara lelaki dan seorang perempuan dibawah umur 16 tahun walaupun dengan persetujuan perempuan tersebut. Ini juga dipanggil sebaggai “statutory rape”.
2. BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DITAHAN DAN DISIASAT ATAS KESALAHAN MEROGOL BOLEH DITAHAN REMAN?
Tempoh reman maksimum bagi seseorang yang disiasat dibawah kesalahan merogol adalah 14 hari dengan dua kali permohonan yang mana tempoh maksimum bagi setiap permohonan hanyalah 7 hari.
Walau bagaimanapun, tempoh reman ini adalah tertakluk kepada budibicara Majistret dan bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili mereka yang ditahan tertakluk kepada fakta kes masing-masing.
3. ADAKAH MAHKAMAH BOLEH MENAWARKAN JAMINAN
Kesalahan merogol dibawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan merupakan kesalahan yang TIDAK BOLEH DIJAMIN (NON BAILABLE OFFENCE) yang mana secara umumnya kesalahan ini tidak boleh dijamin, namun Mahkamah boleh membenarkan jaminan berdasarkan faktor-faktor tertentu atas budi bicara Mahkamah.
Sekiranya Mahkamah membenarkan jaminan, Mahkamah juga boleh memberikan syarat-syarat tambahan seperti menahan pasport, tertuduh perlu melapor diri setiap sebulan di balai polis berhampiran dan tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa.
4. APAKAH YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN
Secara ringkasnya, apa yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan adalah;
- Tertuduh telah melakukan hubungan kelamin dengan mangsa yang mana kemaluan tertuduh mestilah memasuki kemaluan mangsa;
- Hubungan kelamin tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa (kecuali bagi mangsa berumur 16 tahun ke bawah, kerelaan mangsa tidak diambil kira)
Kedua-dua elemen ini perlu dibuktikan semasa perbicaraan melalui bukti-bukti dan saksi-saksi pendakwaan.
Di dalam kes rogol juga, saksi yang paling penting merupakan pegawai perubatan yang memeriksa keadaan mangsa yang mana pegawai perubatan ini boleh mengesahkan sama ada berlakunya berlakunya hubungan kelamin tersebut atau tidak dan sama ada hubungan kelamin tersebut dilakukan dengan atau tanpa kerelaan mangsa.
Selain itu, identiti tertuduh mestilah tepat yang mana selalunya jika berlakunya kejadian rogol, DNA mangsa boleh didapati di tempat kejadian atau di dalam alat kelamin mangsa.
Sekiranya DNA yang ditemui di tempat kejadian tidak sepadan dengan DNA tertuduh, maka tertuduh bukanlah pelaku dalam kes tersebut.
5. BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBUKTIKAN ANDA TIDAK BERSALAH
Pertama, apa yang perlu dibuktikan oleh tertuduh semasa perbicaraan adalah tertuduh bukanlah pelaku dalam kes tersebut. Ini selalunya boleh dibuktikan dengan menunjukkan pelaku tidak berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku, dan DNA yang berada di tempat kejadian tidak sepadan dengan DNA tertuduh.
Selain itu, sekiranya berlakunya hubungan kelamin diantara mangsa dan tertuduh, tertuduh perlulah membuktikan bahawa hubungan kelamin tersebut dilakukan dengan kerelaan dan persetujuan mangsa (bagi mangsa yang di atas umur 16 tahun sahaja) yang mana ianya boleh dibuktikan berdasarkan keterangan, tempat kejadian, bukti perbualan “whatsapp” dan lain-lain bergantung kepada fakta pada kes tersebut.
6. NASIHAT UNTUK MANGSA ROGOL
Kepada mangsa rogol, saya sangat bersimpati dengan anda. Namun demikian, saya menyeru kepada anda untuk membuat laporan polis sesegera yang mungkin. Segala bukti-bukti seperti baju yang dipakai pada hari kejadian perlulah dikemukakan semasa membuat laporan polis.
Kelewatan anda membuat laporan polis akan menyusahkan anda dikemudian hari dan boleh membuatkan perogol yang benar-benar bersalah dibebaskan akibat tiada bukti yang kukuh yang dapat menyabitkan pertuduhan tersebut.
7. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, saya menulis artikel ini bukanlah untuk menggalakkan jenayah ini berleluasa atau memberikan idea kepada “perogol” untuk bebas dari pertuduhan sebaliknya ini hanyalah satu perkongsian ilmiah khususnya kepada mereka yang tidak bersalah dalam pertuduhan ini.
Saya juga sangat yakin dengan kebijaksanaan Hakim dalam membebaskan mereka yang teraniaya dan menghukum mereka yang benar-benar bersalah.
selamat pagi saya nak tanya betul kah kalau kes rogol bawah umur dijatuhkan suka sama suka jika perempuan itu berumur lebih dari 16tahun 1hari
Selamat Pagi. Untuk suka sama suka dibawah 16 tahun masih dikira sebagai “rogol” dibawah kanun keseksaan dan sekiranya kejadian tersebut berlaku semasa perempuan berusia 16 tahun 1 hari, suka sama suka, maka ianya tidak boleh dikira sebagai rogol.
Maaf sy ingin bertanya.. isteri sy telah dirogol oleh ayahnya pada 2019.. tapi masa tu tidak dpt buat repot kerana ibunya merayu.. kami terus oindah dari rumah itu dn tidak balik..namun pada 8-13okt2021 ayahnya cuba melakukannya lagi selepas kami pulang setelah beberapa tahun.. kamintelah membuat repot polis ayahnya telah ditangkap pada 4-5hari lepas.. tetapi telah keluar semula dari tahanan pada 2hari lepas.. adakah dia dijamin dan adakah kes ini boleh dijamin? Dan bagaimana cara utk kami ingin meneruskan kes dan menuntut keadilan??
Kesalahan merogol merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang boleh dijaminan bergantung kepada Mahkamah. Namun saya merasakan bapa mertua encik dilepaskan dibawah jamin polis.
Bagi menuntut keadalian, laporan polis merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan. Kemudian, kita perlu menunggu polis melengkapkan kertas siasatan dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Selepas itu, timbalan pendakwa rayalah yang akan membawa kes ini ke Mahkamah untuk pertuduhan.
Selamat pagi, Encik.
Nak tanya, semasa perlakuan hubungan klamin (seks), jika perempuan itu memberitahu lelaki itu dia berumur 18 tahun tapi sebenarnya hanya 12 tahun sahaja, sama ada lelaki tersebut akan didakwa dan dihukum atas kesalahan merogol?
Maaf saya mahu bertanya anggaran kos peguam untuk kes 376 ni berapa ya?
Bolehkah selepas 15tahun mangsa buat laporan polis yang dia telah dirogol semasa umur 15tahun sehingga melahirkan anak.
Boleh laporan polis tiada had masa.
Assalamualaikum,,, tuan
Jikalau mengsyaki seorang anak yang sekarang tingkatan satu pernah di rogol di sekolah rendah oleh pelajar lelaki semasa umur 12 tahun ( di sekolah rendah) apakah yang patut dilakukan oleh penjaga
Walaikumsalam. Buat pemeriksaan kesihatan. Jika doktor boleh mengesahkan ada kes koyakkan, boleh buat laporan polis.
Kes rabah punggung wanita
Sekiranya suka sama suka.. Blh dikira kes rogol juga ke..
Kalau perempuan berusia 16 tahun dan kebawah, suka sama suka dikira rogol