Alif Tarmizi – Peguam Jenayah KL, Selangor & Negeri Sembilan dan Pengasas Blog Peguam Jenayah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.
Saya Alif, Peguam Jenayah yang hanya mengendalikan kes jenayah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Saya telah secara rasminya menjadi peguam sejak dari 28 Julai 2017 dan seterusnya mengasaskan Firma Guaman saya sendiri, Tetuan Alif & Co pada 1 Febuari 2018.
PENGALAMAN
Sejak dari penubuhan firma guaman Alif & Co, saya telah membantu ramai individu yang telibat di dalam kes jenayah sama ada untuk dibebaskan daripada pertuduhan ataupun mendapatkan hukuman yang lebih ringan berdasarkan prinsip undang-undang.
Antara kes yang pernah saya kendalikan termasuklah kes pengedaran dadah (Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya), SOSMA, POCA, ATIPSOM, Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Jenayah Seksual, Jenayah Komersial, Rasuah, dan lain-lain.
Berikut merupakan sebahagian daripada kes-kes yang saya kendalikan daripada 2018 sehingga 2023;












TUGAS PEGUAM JENAYAH
Ramai yang salah faham dengan tugas peguam jenayah.
Ramai yang menyangkakan peguam jenayah ini bertanggungjawab mewakili mangsa dalam kes jenayah sehingga pesalah disabitkan dengan kesalahan.
Sebenarnya, tugas untuk membawa kes bagi pihak mangsa terletak di bahu Polis dan Pendakwa Raya. Pihak polis berperanan untuk menyiasat aduan yang dikemukakan oleh pengadu/mangsa dan seterusnya mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya.
Seterusnya Pendakwa Raya akan mewakili mangsa dalam kes tersebut dan mangsa tidak perlu melantik peguam.
Jadi apakah peranan sebenar peguam jenayah?
Secara umumnya, peguam jenayah berperanan mewakili orang yang dituduh (OKT) dalam satu-satu pertuduhan jenayah. Ini adalah untuk memastikan tertuduh mendapatkan pembelaan yang adil sama ada semasa reman, perbicaraan mahupun sebelum dijatuhkan hukuman.
SIAPA YANG PERLU MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM JENAYAH?
Sekiranya keluarga atau kenalan anda ditahan oleh pihak berkuasa, direman, atau dituduh di Mahkamah, barulah anda hubungi peguam jenayah pilihan anda.
Selain dari itu, anda tidak perlu melantik peguam jenayah.
KES YANG SAYA KENDALIKAN
Saya hanya mengendalikan kes jenayah sahaja dimana saya mewakili orang yang dituduh (OKT) sahaja.
Khidmat saya merangkumi mewakili tertuduh semasa permohonan reman, rayuan jaminan, perbicaraan, rayuan mitigasi (kurangkan hukuman) dan kes rayuan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Selain itu, saya juga mengendalikan kes POCA & LLPK.
Bermula dari 2025, saya hanya mengendalikan kes di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan sahaja.
KES YANG TIDAK SAYA KENDALIKAN
Saya tidak mengendalikan kes Sivil, Hartanah, Syariah dan lain-lain selain dari kes Jenayah.
Saya juga tidak mengendalikan kes diluar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan atas faktor kos yang tinggi.
TIDAK MAMPU MEMBAYAR PEGUAM
Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar peguam, saya sarankan anda untuk mendapatkan peguam percuma daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan di negeri masing-masing.
Sebagai contoh, sekiranya kes anda di Selangor, anda boleh memohon di Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaa (YBGK) Selangor. Anda boleh taip YBGK Selangor di carian google anda atau bertanya di kaunter mahkamah dimana kes anda didaftarkan.
Untuk mendapatkan peguam YBGK anda perlu berurusan dengan pihak YBGK negeri masing-masing.
BAGAIMANA UNTUK BERHUBUNG DENGAN SAYA
Sekiranya pihak Tuan/Puan terlibat dalam kes jenayah dan serius ingin mendapatkan khidmat daripada peguam jenayah, Tuan/Puan boleh whatsapp saya di talian 01114740734.
Sila perkenalkan diri dan terus bertanyakan berkaitan dengan masalah Tuan/Puan.
Ini adalah contoh yang pihak Tuan/Puan boleh gunakan;
Assalamualaikum En Alif. Saya Ahmad dari KL. Saya dapat nombor Encik Alif dari Blog. Anak saya telah dituduh dibawah seksyen 39b di Mahkamah Jalan Duta. Boleh saya dapatkan khidmat tuan?
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
Alif Tarmizi
Assalamualaikum saya nak bertanya kalau kes rogol dna tiada macam mana
Walaikumsalam. DNA bukan satu-satunya bukti yang digunakan dalam kes rogol. Banyak lagi perkara yang boleh membuktikan kes rogol seperti video, saksi mata dan keterangan berdasarkan keadaan (Circumstantial Evidence)