Apabila seseorang tertuduh (OKT) didapati bersalah atas pertuduhan, sudah pasti Mahkamah akan memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, tidak semua tertuduh yang melakukan kesalahan yang sama akan diberikan hukuman yang sama.
Di sini saya ingin kongsikan apakah faktor yang Mahkamah akan pertimbangkan semasa memberikan hukuman dan bagaimana untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.
1. FAKTOR PENGAKUAN BERSALAH
Apabila seseorang tertuduh membuat pengakuan bersalah seawal mungkin, tertuduh tersebut layak untuk diberikan hukuman yang minima atau “diskaun”.
Ini adalah kerana pengakuan bersalah tersebut telah menjimatkan masa dan kos Mahkamab serta pihak pendakwaan.
Hukuman yang lebih berat akan diberikan kepada tertuduh sekiranya tertuduh tersebut sekiranya Mahkamah mendapati tertuduh bersalah diakhir perbicaraan.
2. REKOD JENAYAH
Seseorang pesalah pertama (tanpa rekod jenayah) layak untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan berbanding tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau.
Ini adalah kerana Mahkamah melihat tertuduh yang mempunyai rekod lampau khusunya bagi kesalahan yang sama seolah-olah tidak insaf dengan hukuman yang diberikan dan wajar diberikan hukuman yang lebih tinggi sebagai pengajaran.
3. FAKTOR UMUR
Umur juga memainkan peranan yang penting dalam mempertimbangkan hukuman. Kanak-kanak dibawah 18 tahun akan dihukum dibawah seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001 yang mana hukuman tersebut sangat ringan dan tiada sebarang rekod jenayah akan direkodkan kepada kanak-kanak (tertuduh bawah 18 tahun).
Selain itu, untuk pesalah yang berumur 18 hingga 23 tahun yang juga dikenali sebagai pesalah muda boleh mendapatkan hukuman yang lebih ringan. Hukuman bagi pesalah muda boleh digantikan ke satu hukuman yang lebih ringan seperti kerja-kerja sosial selama 100 jam sepertimana yang diperuntukan dibawah seksyen 293 Kanun Atucara Jenayah.
Walau bagaimanapun, ianya masih bergantung kepada budibicara Mahkamah.
4. JENIS KESALAHAN
Jenis kesalahan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan hukuman. Kesalahan yang lebih bersifat prosedur seperti tidak mempunyai lesen kenderaan, tidak mempunyai lesen perniagaan boleh dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada kesalahan yang menzalimi orang lain seperti mencuri dan sebagainya.
5. FAKTA KES
Mahkamah juga akan menimbangkan fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Sebagai contoh, A & B sama-sama dituduh dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan kepada seseorang.
A berbuat demikian kerana orang yang dicederakan (mangsa) telah menganggu isterinya.
B berbuat demikian kerana ingin membuli mangsa.
A boleh mendapatkan hukuman yang lebih ringan dari B.
6. KERJASAMA KEPADA PIHAK POLIS
Mahkamah turut menimbangkan bagaimana kerjasama tertuduh dengan pihak polis semasa siasatan.
Seseorang tertuduh yang menyerahkan diri boleh mendapatkan hukuman yang lebih ringan berbanding seseoranh tertuduh yang melarikan diri daripada pihak polis.
7. KESAN KEPADA MANGSA
Selain daripada itu, kesan kepada mangsa juga akan dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman.
Semakin teruk kesan kepada mangsa, semakin tinggi hukuman yang mahkamah boleh berikan.
8. KESAN HUKUMAN KEPADA MASYARAKAT
Antara faktor lain yang menjadi pertimbangan mahkamah adalah apakah kesan hukuman terhadap masyarakat. Salah satu sebab hukuman diberikan kepada pesalah adalah untuk mendidik masyarakat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.
Ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Apa yang terbaik adalah elakkan dari melakukan jenayah walau apa pun alasan.
Semoga bermanafaat.
Hai saya nk tanya .suami saya da 2 minggu di tangkap atas kes jenayah melarikan kerate dan memasuki rumah bersama 2 org kawan yer sedangkan suami saya berkerja dia menjumpai kawan ya hanya sekadar melepak. Dan polis mencas yer mengetahui kegiatan haram kawan yer dan menyuruh saya mencari perguam untuk menbela suami saya. Jadi encik saya ingin tahu ape y perlu saya bwat suami saya penat berkerja dan tidak bwat perkara itu tapi diperlakukan sama dengan kawan2 yer y melakukan
Assalamualaikum puan. Boleh whatsapp saya di 01114740734. Saya perlukan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan kes ini