APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG REMAN

Reman adalah satu prosedur dimana pihak berkuasa seperti polis, imigresen, atau SPRM boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk memohon satu tempoh tahanan bagi tujuan melengkapkan siasatan. Di peringkat ini seseorang yang ditahan reman belum boleh dianggap bersalah. Mereka yang direman juga digelar Orang yang disyaki (OYDS) atau Suspek.

BERAPA LAMA MAHKAMAH BOLEH MEMBENARKAN PERINTAH REMAN?

Tempoh tahanan reman adalah berbeza bergantung kepada jenis kesalahan. Sebagai contoh, bagi kesalahan mendatangkan kecederaan (seksyen 323 Kanun Keseksaan) memperuntukkan tempoh maksimum 7 hari manakala kesalahan yang lebih serius seperti kes pengedaran dadah atau kes bunuh memperuntukan tempoh reman maksimum 14 hari. Ini juga berbeza bagi permohonan reman dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang mana dibawah Akta POCA, seseorang suspek boleh direman sehingga 59 hari manakala dibawah Akta SOSMA pula, seseorang suspek boleh direman sehingga 28 hari.

TUGAS PEGUAM SEMASA PROSES PERMOHONAN REMAN?

Tugas peguam semasa prosedur reman adalah untuk memastikan supaya proses reman dijalankan dengan adil berdasarkan peruntukan undang-undang. Peguam juga boleh membuat bantahan terhadap permohonan reman sekiranya tangkapan atau permohonan reman tersebut tidak dibuat berdasarkan undang-undang atau memohon supaya tempoh reman yang dibenarkan adalah lebih pendek atau dalam satu tempoh yang munasabah.

BOLEHKAH MAHKAMAH MENOLAK PERMOHONAN REMAN?

Mahkamah boleh menolak permohonan reman dalam tiga keadaan;

  1. Pertama apabila pihak berkuasa (Polis/SPRM/Imigresen & dll) yang membuat permohonan gagal untuk mengemukakan diari siasatan semasa membuat permohonan; dan/atau;
  2. Tiada ada sebab yang munasabah yang dapat mengaitkan OYDS dengan siasatan yang dijalankan; dan
  3. Alasan untuk permohonan reman tidak memerlukan OYDS berada dalam tahanan reman.

Semoga bermanafaat.

About the author

Alif Tarmizi

Tuan Alif Tarmizi merupakan seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes jenayah sejak 2017. Antara kes yang pernah beliau kendalikan adalah kes Dadah, Jenayah Seksual, Jenayah Rasuah, Jenayah Komersial, POCA, SOSMA, Jenayah Berat dan lain-lain.

View all posts

66 Comments

  • Assalamualaikum..saya nak tanya berkenaan kes dadah..

    Jika si A tertangkap disebabkan kawan si A memiliki dadah..tetapi si A tidak mengetahui yang kawan si A ni mempunyai barang tersebut. Mereka di serbu dan ditangkap ketika sedang lepak..

    Apakah si A akan dijatuhkan hukuman seperti mana kawn si A iaitu memiliki dadah..?

    Bagaimana nak ikat jamin sekiranya keluarga si A ni golongan orang yang berpendapatan rendah..?

    Adakah si A akan mempunyai rekod jenayah sekiranya tidak mampu diikat jamin..sedangkan si A tidak bersalah..

    Ada cara yang boleh memudahkan sy untuk bebaskan si A😣😣

    • Sekiranya tidak mampu untuk ikat jamin, OKT akan direman sehingga kes selesai. Tiada rekod jenayah selagi OKT tidak mengaku salah atau tidak di dapati bersalah. Untuk membebaskan OKT tiada cara lain melainkan lawan kes sehingga dibuktikan tidak bersalah.

      • Assalamualaikum tuan. Saya nak bertanya suami saya ditangkap atas tuduhan mencuri barangan kilang, dan direman selama seminggu sekiranya dia didapati bersalah dn dibicara dimakamah, seterusnya disuruh bayar denda kemudian adakah dia akan dipenjarakan juga.akan tetapi isteri kepada persalah sedang sarat mengandung dan akan bersalin pada bulan hadapannya dapat ke suami dibebaskan

        • Walaikumsalam. Bergantung kepada pertuduhan. Ada pertuduhan mencuri yang hanya boleh didenda dan ada juga yang wajib penjara. Jadi ianya bergantung kepada pertuduhan.

      • Polis menahan A atas kes culik seorang bangladesh dengan kawan2nya,kerana A berada dalam 1 kereta dengan suspek tetapi A tak terlibat dalam kes ini dan dia tak tahu apa2 brkenaan dengan kes ini,dia hanya tolong kawan dia yang minta tumpang suruh mnghntar ke sbuah tempat ,tapi kwannya bawa 2 orang lagi untuk tumpang.akhirnya dapat tahu yang kawannya pergi ke tempat itu untuk memukul bangladesh ini dan ambil duit .sudah lebih 14 hari polis menahan A,polis juga belum bawa naik ke makamah,dan polis meminta 15ribu untuk melepaskan A ini,hanya untuk menukarkan statement..polis brkata tiada jamin untuk kes ini,jadi disebab itu keluarga A cuba untuk mengeluarkan A ini dari prtahanan polis dan naik ke mahkama ,dengan mencari duit untuk prmintaan polis,apa yang keluarga A ini perlu buat???

  • Assalamualaikum Tuan..
    Saya ingin bertanya tentang tangkapan yang dibuat polis terhadap seseorang individu berkaitan penyalahgunaan dadah. Kebiasaanya kes sebegini berakhir bagaimana dan apa hukuman yg bakal diterima? Dan adakah ada cara tertentu utk melepaskan OKT tersebut melalui rundingan bersama pihak polis tanpa sebutan kes di mahkamah?

    • Walaikumsalam. Hukuman bagi kes penyalahgunaan dadah bergantung kepada kesalahan dan pertuduhan. Soalan ini terlalu umum jadi saya tidak boleh jawap secara terpeinci. Berkaitan dengan rundingan dengan pihak polis tanpa sebutan kes Mahkamah adalah mustahil melainkan tertuduh tersebut memang tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

  • selamat malam. Si A di tahan dan diambil ujian kencing utk dadah dan di lepaskan. 4 bulan kemudian ujian air kencing di dpti positif syabu, dan di tangkap dan reman 3 hari. Bail rm3k tidak di bayar, dan di hantar ke penjara menunggu perbicaraan. berapa lama si A akan di reman utk dibicarakan? jika mengakui bersalah kerana air kencing positif, berapa lama akan disabit? semasa tangkapan, ujian air kencing di ambil, jika positif juga bagaimana hukuman? terima kasih.

  • assalamualaikum saya nak bertanya tentang kes sy pon xsure kes akta apa sebenarnya blh dikatakan teraniayaa jugak..si B pecah masuk kedai si A dan kawan2 si A jumpa barang2 si A melalui status whatssap untuk dijual, next kawan2 si A pergi jumpa si B dan bawak ke kedai si A untuk bertanya tentang barang yg di curi, si B mengaku dan bgtau semua barang ada dekat mana,di masa sama ad kawan yg pukul si B yg mencuri tu, tp si A tak sentuh langsung dan memaafkan si B kerana barang sudah dijumpai, so silap si A tidak membuat laporan polis tentang kejadian pecah masuk kedai dengan alsan kesian dan si pencuri sudah mengaku dan barang sudah dijumpai..setelah itu, ada geng lain datang ambik si pencuri tersebut ke tempat lain,xsure sapa..n then selepas tu si pencuri membuat polis report dan kaitkan si B kerana memukul sedangkan kes tersebut telah selesai dan si B tidak memukul sama sekali.sekarang si B sedang ditahan reman xsure sampai bila sedangkan tak bersalah.apa pendapt tuan?

    • Walaikumsalam, sekiranya B tidak pukul dan/atau bersubahat dalam kejadian tersebut, B mungkin boleh lawan kes ini bergantung kepada fakta kes yang sebenar.

  • Assalamualaikum .

    Saya nak bertanya suami saya ditangkap pada 12/1/2022 atas kes urine dan dihantar ke ipd ipoh pada hari yang sama . Pada 14/1/2022 suami dihadapkan ke mahkamah untuk lanjut tempoh tahanan reman dan sekarang mungkin suami dah dihantar ke sg petani untuk reman disana . 16/2/2022 dia naik courd semula untuk jatuh hukum . Keputusan makmal positive methapatamine. Jadi ini adalah kes pertama bagi suami saya. Jdi persoalan saya saya tiada duit nak jamin suami saya atau bayar dnda dekat dia semasa naik courd nanti . Adakah suami saya akan dimasukkan semula ke mahkmah sekiranya saya tk mampu bayar denda. Saya mengandung tak bekerja , anak seorg bersekolah seorng lagi 1 tahun 9 bulan . Jika suami mengaku bersalah dapatkah suami sign p.s ke atau diringankan hukuman .

    • Walaikumsalam. Untuk kes urine, sekiranya suami puan tidak dijamin, Mahkamah akan menahan reman suami puan sehingga keputusan kimia keluar. Nanti selepas keputusan kimia keluar, suami puan boleh mohon hukuman penjara dari tarikh tangkap.

      • Jika reman itu tidak melibihi 7 hari Boleh kah seseorng itu direman 8 hari bgi keslhan pertama ,apakah proses jika urine tidak positive Dan jika positive berpa kah amount denda paling rendah bgi kesalahan pertama dn terakhir (INSAF) boleh kah minta/memohon yg arif Untk memberi hukuman seringan ringanya Dan serendah rendahnya mnta peluang atas dasar kemanusian keinsafan berubah ke jln lebih baik bersma anak2x Dan isteri kerana sedar ketika 8 hari adalah kesedaran sesedarnya segalanya Dan mahu berubah bnyak pengajran hidup perkongsian dri kwn tahanan lain dn mahu berterima kasih pihak berwajib Jalan kan tugas 8 hari yg tidak Sia2x bgi sy dsitu lah kemuncak kesedaran yg selama ini tak sedar2x

        • Tempoh reman adalah berdasarkan jenis kesalahan dan bukan sama ada seseorang itu pesalah pertama atau pesalah berulang. Sekiranya mengaku salah untuk seksyen 15, boleh buat rayuan untuk denda dan jumlah denda tersebut bergantung kepada hakim

  • Assalamualaikum,saya nak bertanya.apa hukuman OKT yg mengaku bersalah penyalahgunaan dadah dan menyesali perbuatannya.mohon penjelasan sbb ini kes kali pertama .trima ksih

  • Salam encik, saya nak tanya. Kawan saya pernah tangkap atas kes narcotic pada 2019. Pihak polis reman pastu dilepaskan. Dia ingat kes dah selesai. Pagi tadi dia pergi balai nak buat report ic dia hilang. Tiba2 pihak berkata kes narcotic belum selesai dan dalam wanted list. So kena naik mahkamah. Saya tak faham langsung. Tolong encik. Kena bayar denda ke atau penjara?

    • Wasalam. Ianya bergantung kepada kes apa sebab kesalahan narkotik ada banyak. Ada kesalahan penyalah gunaan (urine), memilik dan pengedaran. Jadi perlu rujuk spesifik kepada seksyen dibawah Akta Dadah Berbahaya secara spesifik.

  • Salam tuan , saya nak tanya , kawan saya ditahan reman 14 hari atas sebab surat lahir bukan warga negara , tapi semua bukti pernah lahir sini semua sudah ada seperti surat klinik dan sijil sekolah , penjamin (nenek yang pemegang ic) sudah hantar borang rayuan ke imigresen, adakah masih ada peluang untuk bebas dari reman atau saya perlu berurusan ke mahkamah untuk mohon borang pengeluaran dari tahanan imigresen . Terima kasih

  • Assalamualaikum
    Sy nk tny kalau kes mlibatkn ketum, means bukan tuan bdn punya, org lain yg punya, biasa brp lma tempoh reman, klau dsabitkn kslhn biasa hukuman mcm mna

  • Kalau org tu pernah masuk kdlm bertahun lps atas kes dadah, adakah sukar utk org tu mmbela diri ketika dtahan?

  • Assalamualaikum Tuan , saya seorang penjawat awam (PSH) dan ingin bertanya
    Saya pernah direman selama 4 hari pada 17/07/2019 , 3 tahun yang lalu . Pada masa saya ditahan , saya bersama rakan² menyambut hari kelahiran kawan di sebuah taman rekreasi dan pada masa yang sama ada seorang rakan saya membawa air ketum dan pada masa itu hanya dia seorang sahaja yang minum air tersebut . Kebetulan , mungkin ada jiran yang membuat aduan pada pihak polis , lalu kami ditahan di tempat kejadian dan mendapati ada air ketum sebagai bukti . Jadi , pada malam itu juga kami semua ditahan dan direman . Pada hari ke3 kami dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan kes . Semasa di mahkamah , polis meminta kepada hakim untuk menyambung reman dan hakim membenarkan . Pada hari ke4 , pihak polis memaklumkan kepada kami bahawasanya kami dibebaskan keluar atas Jaminan Polis ” JP ” dan tidak dikenakan sebarang hukuman atau jaminan daripada mahkamah . Adakah kes itu digugurkan ? Apa yang saya faham , jika kita ditahan reman atau dimasukkan ke dalam lokap , berkemungkinan majikan (Kerajaan) akan tahu rekod pekerja dan akan dibuang atau digantung tugas serta merta . Akan tetapi , sehingga kini saya masih merahsiakan rekod saya dan tiada seorang pun yang tahu kes saya kerana saya beritahu kepada boss semasa kejadian saya pulang ke kampung halaman selama 4 hari kerana emergency dan telefon saya telah hilang . Sehingga kini saya masih tidak menerima apa² hukuman atau tindakan daripada jabatan saya & gaji saya masih berjalan seperti biasa .

    Persoalan saya ,

    i. Adakah saya tidak dipanggil semula ke mahkamah untuk sebutan kes ?

    ii. Adakah saya mempunyai rekod jenayah kerana pernah ditahan reman ?

    iii. Bolehkah saya diterima bekerja lantikan tetap sebagai penjawat awam ? ( Kerana sudah 4x saya pergi temuduga sebagai penjawat awam tetapi gagal dan saya tidak tahu apa sebabnya)

    iv. Jika saya tidak dikenakan rekod jenayah atas sebab saya cuma ditahan reman , adakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahu akan status saya pernah direman atau hanya polis sahaja yang tahu tentang rekod saya ?

    v. Adakah rekod reman dikira sebagai rekod jenayah ?

    vi. Adakah rekod reman akan dijumpai sekiranya pihak (SPA) membuat semakan latar belakang saya ?

    Harap Tuan dapat membalas komen saya untuk penerangan selanjutnya . Jika tidak keberatan , saya sertakan email saya untuk tuan memberi maklum balas terhadap soalan saya .
    [email protected]

    Terima Kasih Tuan.

    • S: Adakah saya tidak dipanggil semula ke mahkamah untuk sebutan kes ?
      J: Bergantung kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, sekiranya pihak timbalan pendakwa raya tidak bercadang meneruskan kes, maka encik tidak akan dipanggil.

      S: Adakah saya mempunyai rekod jenayah kerana pernah ditahan reman ?
      J: Tidak

      S: Bolehkah saya diterima bekerja lantikan tetap sebagai penjawat awam ? ( Kerana sudah 4x saya pergi temuduga sebagai penjawat awam tetapi gagal dan saya tidak tahu apa sebabnya)
      J: Itu diluar pengetahuan saya.

      S: Jika saya tidak dikenakan rekod jenayah atas sebab saya cuma ditahan reman , adakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahu akan status saya pernah direman atau hanya polis sahaja yang tahu tentang rekod saya ?
      J: Hanya Polis sahaja simpan rekod.

      S: Adakah rekod reman dikira sebagai rekod jenayah ?
      J: Tidak

      S: Adakah rekod reman akan dijumpai sekiranya pihak (SPA) membuat semakan latar belakang saya?
      J: Boleh semak sekiranya SPA buat semakan dengan pihak polis. Tapi bukan rekod jenayah. Cuma rekod tangkapan dari pihak polis sahaja.

  • Assalamualaikum tuan..sy nk bertya klau seseorng pernah direman dan dibebaskan setelah dikat jamin di mahkamah thun2017 ats pertuduhan air kncng positif syabu.dan baru ini dia tiba2 ditangkap polis tnpa sebarang motif ketika menunggang motosikal.(1)soalan saya adakah polis akan melakukan siasatan berdasarkan rekod lampau atau sekadar reman untuk siasatan sahaja?. (2)Selama tempoh manakah reman tersebut?
    (3) adakah kes ini akan trus dibicara di mahkamah atau mungkin akan dibebaskan atas jaminan polis?

    Mohon pencerahan dari tuan.( Tidak berkaitan dgn ahli keluarga,hanya sekadar hendak mendapat sedikit ilmu.terima kasih)

    • Walaikumsalam. Berkemungkinan kes 2017 tersebut masih belum selesai kerana tertuduh dilepaskan dengan jaminan polis. Oleh yang demikian, tangkapan dibuat kerana adanya arahan untuk membuat pertuduhan. Reman bagi kes air kencing positif (urine) boleh sampai 7 hari. Untuk soalan kes 3, bergantung kepada polis/timbalan pendakwa raya.

      • Assalamualaikum tuan..satu lg soalan berkaitan dengan harga jamin bg pesalah memiliki barang yakni dadah la..klau berdsarkn fakta bole diikat jmin di mahkamah kan ?
        Apa yg sya pernah dgr dlm pengalaman org sekeliling..sesetengah polis akn bgthu jumlah ikat jamin under 5k apabila dijatuhkn hukmn..sekiranya xdpt jamin apakah kesan terhadap pesalah tersebut?
        1) adakah pesalah akn terus ke penjara btul atau pusat pemulihan?

        2) selama temph manakah pesalah akan di penjara?

        3) betul atau tidak tempoh penjara 6 bulan?…

        4) jika pesalah diikat jamin di mahkmah dan selepas itu akan menunggu tmpoh laporan kimia keluar misalnya, adakah denda perlu dibayar semula dan jika tidak dibayar..adakah pesalah tersebut akan dipenjara smula..dlm tmpoh tersebut brapa lamakah tempoh penjara yg perlu dihadapi oleh pesalah?..

        Dan soalan terakhir

        Mengenai keadaan dlm penjara.bagi pesalah tersebut..adakah mereka diberi kaunseling,didikan agama dan sebagainya?

        Itu sahaja soalan sya..mohon pencerahan dari pihak tuan…semoga bermanfaat untuk semua.terima kasih.tuan

        • Walaikumsalam. Untuk kes memiliki dadah, ada banyak jenis bergantung kepada jenis dan berat dadah. Untuk seksyen 12(2), seksyen 6 atau seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya, Mahkamah boleh mempertimbangkan untuk menawarkan jaminan dengan jumlah yang tertentu bergantung kepada Mahkamah. Namun bagi kesalahan dibawah seksyen 39A(2), 39B dan 39C Akta Dadah Berbahaya, jaminan adalah tidak dibenarkan.

          Hukuman juga bergantung kepada seksyen apa okt dituduh. Berkaitan soalan (4), sekiranya dah bayar jamin sementara tunggu kimia, dan kemudian laporan kimia sedia, jaminan akan dipulangkan semula dan hanya perlu bayar denda sahaja (sekiranya hukuman yang diberikan adalah denda). Berkaitan keadaan dalam penjara, ianya bergantung kepada program yang ditetapkan oleh penjara.

  • Salam Tuan?..Saya nak tanya berapa hari tahanan reman akan dikenaksn bagi kesalahan memiliki dadah berbahaya di badan?kalau salah berapa bulsn penjara?

  • Salam Tuan?Nak tanya adik saya disabitkan 2 pertuduhan..
    1)Urine Test Positif dadah jenis methaphetamine.
    2)Memiliki dadah di badan.tapi jumlah dadah tu sikit tak banyak dalam kocek seluar adik saya tu.
    Jadi Tuan..Biasanya bila mahkamah jatuhkan hukuman untuk kedua2 kesalahan ni.Biasa hukuman penjara berapa bulan untuk 2 kes ni,adakah 9 bulan? 1 Tahun?sekadar ingin tau Tuan…Terima Kasih banyak2 Tuan…

  • salam tuan.. tumpang tanya.. bagi kes judi seperti judi sabung ayam berapa lama tahanan reman akan dilakukan.. kenalan saya ditahan pada 9/2/2022 sampai sekarang masih berada di lokap lagi. Bila ditanya kepada pihak polis di balai berkenaan.. OYDS tidak dibenarkan dijamin dengan alasan tahanan berada di lokap melebihi 24 jam. OYDS akan direman sehingga sebutan di mahkamah menurut info dari pegawai berkenaan. adakah pegawai tersebut mengikut prosedur yang betul atau pun sebaliknya?

    • Wasalam. Untuk kes judi selalunya reman dalam 7 hari sahaja melainkan ada kes-kes lain. Alasanya juga nampak seperti tidak masuk akal. Sekiranya pihak Tuan merasakan ada salah laku polis boleh buat laporan polis di balai yang lain atau kepada suruhanjaya integriti

  • Assalamualaikum tuan, saya ada soalan, 2 orang kawan sy telah ditahan atas kesalahan memiliki air ketum. Namun salah seorang telah mengaku bhawa air ketum itu miliknya. Mereka ditahan pada 17/2/2021 dan reman pertama bermula 18/2 sehingga 20/2. Pada 20/2 mereka di bawa ke mahkamah semula utk reman kedua selama 2 hari. Dan salah seorang telah dituduh pada 22/2 dan dijamin, manakala seorang lagi dibebaskan tanpa tuduhan dgn jaminan polis pada hari yg sama.

    Soalan sy:
    1. Jika salah seorang daripada mereka telah mengaku salah, berapa lama jangka msa utk yang seorang lgi itu dibebaskan?

    2. Mengenai reman yg kedua. Adakah tarikh reman kedua bermula 20/2 atau 21/2?

    3. Jika salah seorang sudah mengaku bersalah, adakah pihak polis masih boleh menahan reman yang seorang lgi yang mengaku tidak bersalah sehingga tarikh tuduh?

    Harap tuan dapat mnjwab soalan sy. Terima kasih.

    • Wasalam.

      Jawapan soalan pertama – ini bergantung kepada siasatan dan budibicara pihak polis.

      Jawapan soalan kedua – Tarikh reman bermula 21/2.

      Jawapan soalan ketiga – Boleh

  • salam tuan..saya ingin bertanya sedikit,teman lelaki saya telah ditahan semasa dia sedang memproses air ketum untuk dibungkus..berapa lama reman boleh dikenakan,selalunya banduan seperti ini ditahan di balai polis atau penjara?

      • Assalamualaikum tuan,
        Saya perlukan perjelasan dari tuan..jika individu disyaki positif syahbu 3.6 gram dan pertama kali..individu terbabit direman 6 hari dan apakah kesalahan individu tersebut dan hukumannya?
        Adakah individu terbabit boleh dijamin?

        • Walaikumsalam. Memiliki 3.6 gram syabu adalah kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi 100k atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kesalahan ini boleh dijamin

  • Salam, kawan saya ditahan reman polis atas sebab memiliki air ketum dalam 15-30ml shj, akan tetapi ujian air kencing dia sangkut. Adakah dia akan disabitkan hukuman? Apakah hukuman yang akan dikenakan dan adakah nama dia akan ada dalam rekod jenayah? Mohon bantuan , terima kasih .

    • Wasalam. Kesalahan memiliki air ketum adalah kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali. Jika disabitkan kesalahan namanya memang akan ada dalam rekod jenayah.

  • sekarang A di reman di penjara Tapah..1 bulan lebih ats 2 kesalahan
    1) kes curi motosikal
    2) kes memiliki dadah 96A
    Jika mengaku bersalah berapa tempoh kah hukuman penjara?

    • Kes curi motorsikal ada banyak seksyen jadi ianya bergantung kepada seksyen yang dituduh. Dan untuk kes dadah tidak ada seksyen 96A. Yang ada cuma seksyen 39A. Itu pun bergantung kepada seksyen kerana seksyen 39A(1) dan Seksyen 39A(2) mempunyai hukuman yang berbeza

  • Assalamualaikum dan selamat petang.

    Saya ada beberapa soalan yang berkaitan dengan kes kecurian dan dadah. Cerita nya begini

    Tunang saya telah membuat kecurian di salah sebuah bengkel kereta dan telah mencuri beberapa part kereta dan ada 1 2 barang tersebut sudah dijual kepada orang lain. Dia telah menggunakan kereta saya untuk mencuri part kereta dkt bengkel tersebut. Malam semalam pihak polis telahpun menghubungi saya dan memberitahu bahawa tunang saya telah membuat kes kecurian tersebut dengan menggunakan kereta saya. Sekarang tunang saya berada didalam lokap. Bila polis siasat, polis memberitahu saya bahawa tunang saya ada ambil dadah dalam 3hari yg lepas.

    Persoalannya disini

    1. Adakah tunang saya akan terus stay dalam lokap sehingga siasatan itu selesai?

    2. Kes ini perlu naik mahkamah ataupun tidak?

    3. Adakah kereta saya dapat dikembalikan selepas siasatan polis selesai?

    Sekian terima kasih dan selamat berpuasa

    • Walaikumsalam. Jawapan seperti berikut;

      1. Akan ditahan dilokpa sehingga habis reman.
      2. Ya akan naik mahkamah.
      3. Boleh. Selepas kes selesai minta dengan Pegawai Penyiasat kes.

  • selamat pagi , contohnya SI A ditahan selama 3 bulan tetapi belum dibicarakan di mahkamah . tetapi sedang dipenjarakan bagaimana ya ?

    • Selamat Pagi. Ianya bergantung kepada kes. Ada kes yang tidak boleh dijamin. Makanya orang yang kena tuduh (OKT) akan dihantar ke penjara sementara menunggu perbicaraan.

  • Saya nak Tanya kalau penjawat awam dapat commission Dari pihak yang lain untuk projek yang diberi Dan ini persetujuan antara mereka …apakah tindakan Sprm Dan mahkamah Kalau dapat tahu?

    • Ini dikira sebagai jenayah rasuah lambat laun SPRM pasti akan hidu perkara ini dan pemberi rasuah dan penerima rasuah tidak terlepas dari undang-undang.

  • Asalam tuan nak tanya kawan si A ni terlibat kes dadah canabis dan ditahan la kiranya then si A ni pula ada di tempat kejadian si A dan kawan dibawa ke balai cek urine..so yang A ni pun positive juga tapi dah berbulan berhenti hisap canabis..so si A ni kena fotostet ic shja dan dibenarkan
    pulang tanpa ada lokap or penjara ..adakah ic si A mempunyai rekod jenayah..