Peguam Jenayah, Pemilik Firma Guaman Alif & Co dan Pengasas Blog Peguam Jenayah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.
LATAR BELAKANG
Nama saya Alif, dan saya merupakan seorang peguam yang mengendalikan kes jenayah sejak tahun 2017.
Pada 1 Febuari 2018, saya telah menubuhkan firma guaman Alif & Co dengan misi membantu 1000 orang yang menghadapi kes jenayah (sebagai tertuduh) untuk mendapatkan khidmat guaman yang BERKUALITI, TELUS DAN PEMBELAAN YANG ADIL.
PENGALAMAN
Sejak dari penubuhan firma guaman Alif & Co, saya telah membantu lebih kurang 85 individu yang telibat di dalam kes jenayah sama ada untuk dibebaskan daripada pertuduhan ataupun mendapatkan hukuman yang lebih ringan berdasarkan prinsip undang-undang.
Antara kes yang pernah saya kendalikan termasuklah kes pengedaran dadah (Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya), SOSMA, POCA, ATIPSOM, Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Jenayah Seksual, Jenayah Komersial, Rasuah, dan lain-lain.
Berikut merupakan sebahagian daripada kes-kes yang saya kendalikan daripada 2018 sehingga 2023;
PERKHIDMATAN BERKUALITI
Saya percaya bahawa setiap individu yang melantik peguam mengharapkan perkhidmatan yang berkualiti daripada peguam mereka. Bagi menjamin kualiti terbaik, saya hanya menerima 30 kes sahaja dalam tempoh satu tahun. Dengan ini, saya dapat memberikan tumpuan yang secukupnya untuk setiap kes yang saya kendalikan.
TELUS
Salah satu kualiti seorang peguam yang dapat bertahan lama didalam bidang guaman adalah KETULUSAN. Bagi menjaga nama baik dan reputasi saya dan firma guaman saya, saya akan memastikan bahawa segala terma dan syarat dalam pelantikan akan dimaklumkan terlebih dahulu termasuklah kos yang bakal dikenakan. Pihak saya juga akan menyediakan perjanjian secara bertulis bagi menjaga hak kami dan hak anda sebagai anak guam.
PEMBELAAN YANG ADIL
Setiap individu yang tinggal di Malaysia berhak untuk mendapatkan pembelaan yang adil berdasarkan prinsip undang-undang.
Apakah yang saya maksudkan dengan pembelaan yang adil?
Pembelaan yang adil disini bermaksud bagi individu yang tidak bersalah, beliau berhak untuk dibicarakan secara adil dan perlu dibela sehingga dibebaskan manakala individu yang bersalah pula berhak untuk dihukum secara adil berdasarkan prinsip undang-undang dan tidak boleh berlebih-lebihan.
Oleh itu, saya percaya setiap orang layak diwakili peguam.
KES YANG SAYA TIDAK KENDALIKAN
Berikut merupakan kes yang saya tidak kendalikan;
- Kes Sivil termasuk saman-menyaman, saman fitnah, tuntutan hutang, saman diatas penipuan dan apa-apa yang berkaitan dengan kes sivil;
- Kes syariah;
- Kes Imigresen;
- Pindah milik hartanah;
- Permohonan mendapatkan balik kenderaan dan barang rampasan;
- Khidmat nasihat untuk mangsa rogol, cabul, ugutan dan mana-mana mangsa kepada kes jenayah;
- Semua kes di Sabah dan Sarawak termasuk khidmat nasihat bagi kes di Sabah dan Sarawak.
BAGAIMANA UNTUK BERHUBUNG DENGAN SAYA
Sekiranya pihak Tuan/Puan terlibat dalam kes jenayah dan serius ingin mendapatkan khidmat daripada peguam jenayah, Tuan/Puan boleh whatsapp saya di talian 0111-4740734.
Sila perkenalkan diri dan terus bertanyakan berkaitan dengan masalah Tuan/Puan.
Ini adalah contoh yang pihak Tuan/Puan boleh gunakan;
Assalamualaikum En Alif. Saya Ahmad dari KL. Saya dapat nombor Encik Alif dari Blog. Anak saya telah dituduh dibawah seksyen 39b di Mahkamah Jalan Duta. Boleh saya dapatkan khidmat tuan?
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
Alif Tarmizi – peguam jenayah, pemilik firma guaman Alif & Co dan pengasas Blog Peguam Jenayah.
Assalamualaikum En Alif. Saya Hadi dari Ipoh. Saya dapat nombor Encik Alif dari Blog. Anak saya telah dituduh dibawah seksyen 39a(2)di Mahkamah Seremban. Boleh saya dapatkan khidmat tuan?
Walaikumsalam En Hadi. Boleh whatsapp saya di 01114740734
Asalamualaikum tuan. Saya pernah ditangkap beberapa tahun dulu atas jenayah narcotic(urine sangkut).nama saya telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai orang yang dikehendaki. Saya ingin menyelesaikan masaalah Saya ini Dan apa yang perlu Saya lakukan? Terima kasih.
Walaikumsalam. Boleh serah diri kepada pihak polis.
Assalamualaikum Tuan, saya nak tanya bolehkah anggota polis LLP memaksa orang awam melakukan kesalahan kes jenayah semasa sekatan jalan raya walaupun orang awam itu tiada rekod atau tiada kesalahan.
Walaikumsalam. Macam mana anggota suruh lakukan kesalahan jenayah?
Salam boleh kah saya memfailkan saman malu ke atas individu yg telah membuka aib saya di dlm live tiktok dan membuat kenyataan tidak benar berkenaan orang tua saya yg masih hidup dikatakan telah meninggal dunia….dan saya ada 4 video record yg jelas berkenaan itu…perkara yg dituduh yang mengatakan
1.saya menghantar Jin kepada mereka utk membinasakan sdgkan tidak ada
2.menyatakan saya seorang penagih dadah(mengambil syabu)
3.mengatakan saya seorang scammer
4.Mengaibkan Ayah saya yang masih hidup dikatakan telah meninggal dunia
semua bukti ada…video dan whatsapp voice yg menyebabkan saya rasa aib keluarga telah di cemari berapa individu di dlm live tiktok tersebut.
adakah saya blh memfailkan kes saman malu ke atas individu…
Wasalam. Boleh. Encik boleh melantik peguam sivil untuk memfailkan saman.
Hi, Assalamualaikum tuan, saya nak tanya. Tuan ada buat untuk saman fitnah/malu dll?
Walaikumsalam. saya tidak mengendalikan kes saman fitnah/malu buat masa ini.
Assalamualaikum En Alif. Saya Fatin dari Ipoh, Saya dapat nombor Encik Alif dari Blog. Suami saya telah dituduh dibawah Sek 44 (1A) (a) , Boleh saya dapatkan khidmat tuan?
Sekian, terima kasih.
Walaikumsalam. Boleh whatsapp saya di 01114740734
Hello sir,my name is mdm Letchumy from Penang.My case is under seksyen 379 since the year 2021.Lately the Plaintiff agreed to withdraw the case and already withdraw police reports and their lawyer already submitted representation to DPP.The DPP rejected and insisted to proceed the case … Pls help me sir.Thanks.
Hi. Since the defendant only withdraw the report after the case had gone prima facie stage, therefore, the case shall continue.
Assalammuaalaikum.. Tuan Tarmizi. Bagaimana jika saya ditipu dalam pembahagian harta sepencarian. Dia memberi harta yang bukan milik dia. Rumah tersebut adalah milik bekas isteri dan tidak boleh dijual atau dipinda milik. Adakah dia memalsukan dokumen
Walaikumsalam. yang itu kena rujuk dengan peguam syariah. Kalau ada bukti dia memalsukan dokumen boleh buat laporan polis.
Salam tuan tarmiziā¦ boleh ke kalau suspek yang dituduh dan didakwa bawah seksyen 302 atas tuduhan membunuh tetapi dia tidak ada niat disebabkan oleh orang lain yang membuat kan dia terlibat jadi boleh ke tuan handle kes ni??
Wasalam. yang ni perlu whatsapp personal. saya tak boleh jawab secara terbuka di sini. Whatsapp 01114740734
Assalamualaikum En.Alif..Jika seseorang dipukul beramai-ramai,dan yang memukul itu anggota polis dan rakan2nya (luar tugasan)..Apa tindakan yg boleh diambil terhadap anggota polis tersebut? Keadaan mangsa agak teruk,mangsa sememangnya ada buat salah kepada pelaku..Adakah masih terbela nasib mangsa? Apa yg diperlukan untuk membela nasib mangsa?
Walaikumsalam. Boleh buat laporan polis segera dan dapatkan rawatan di hospital. Maklumkan kepada doktor yang anda dipukul.
Assalamualaikum En Alif,
Saudara sy terlibat dgn kes sosma, dia menerima kerja utk transport warga asing. Apakah tuduhan yg bakal dia kenakan jika didapati bersalah?
Walaikumsalam. Boleh dituduh dibawah Akta Anti Pemerdangana Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) yang merupakan salah satu akta dibawah sosma. Untuk maklumat lanjut whatsapp 01114740734
Hai Assalamualaikum saya ingin bertanya, apa kena buat ye sekiranya orang ada seseorang mempermalukan kawan saya di media sosial, maaf soalan ini agak sedikit privacy tapi ini tentang maruah dan juga air muka kawan saya, kawan saya ada berkenalan dengan seseorang di DS( dark side twitter) kemudian mereka berjumpa nak dipendekkan cerita kawan saya tinggalkan dia kemudian pihak perempuan tidak berpuas hati dan telah expose muka beliau dan alat kelamin beliau di media sosial turut disertakan pihak belah perempuan telah pun memberikan nombor telefon peribadi di twitter beliau tersebut, secara tidak langsung ramai orang telah spam call beliau dan beliau terpaksa untuk delete nombor, whatsapp dan telegram beliau disebabkan terasa terganggu dan malu pihak perempuan juga telah menyatakan beliau meminjam duit sebanyak rm500 walhal tiada satu sen pun beliau telah pinjam dan tiada sebarang transaksi yang kawan saya meminjam sebanyak rm500 daripada pihak perempuan jadi sekarang apa perlu kawan saya lakukan Mohan. Terima kasih banyak- banyak sekiranya dapat memberikan pencerahan, sekian terima kasih.
Walaikumsalam. Dalam kes ini kena buat laporan polis segera. Pihak polis akan siasat perkara ini dan sekiranya terbukti ada unsur jenayah, pihak polis akan mengambil tindakkan termasuk menahan perempuan berkenaan.
Salam Tuan Alif. Baru baru ini saya ada dapat ugutan dari seseorang dimana dia akan viralkan butir butir suami saya di media sosial atas alasan suami saya tidak bayar hutang nya. Walhal suami telah bayar lebih dari yg diambil. Dia juga telah meletakkan gambar muka suami berserta no telefon saya. Dia juga ada tunjuk kereta dan rumah saya. Soalan saya, bolehkah saya failkan saman terhadap org tersebut yang selalu ganggu hidup saya padahal saya tiada kena mengena dalam kes antara dia dan suami.
Wasalam. Tentang isu saman menyaman ni saya tak buat. Ini perlu rujuk peguam sivil. Apa yang boleh saya nasihatkan adalah puan boleh buat laporan polis atas gangguan dan ugutan yang diterima.
Salam Tuan Aliff, saya nak tahu macam mana proses selepas dpt khidmat peguam? Adakah pihak peguam akan sentiasa maklum maklumat berkaitan kes samada ditunda / progress kes kepada pihak keluarga?
Wasalam. Peguam bertanggungjawab untuk memaklumkan apa-apa perkembangan kes. Tetapi tidaklah hari-hari perlu maklum. Pun begitu, kalau ada apa-apa masalah cuba hubungi peguam tanya apa perkembangan kes.
assalamualaikum tuan alif.. suami saya terlibat dengan kes jenayah. saya haya dimaklumkan yg suami “roadshow” dan bolehkah saya menggunakan khidmat anda
Walaikumsalam. Boleh whatsapp 01114740734
Good day,
I have case if my adik whom left house and had to find her. We found that person that brought had we had an argument ended up fighting. After police case and resolved. After 2 years he tail me from my residence till blind spot area and blocked my cars then attacked me using an iron rod. Police and medical report had made in year 2022. Under seksyen 324 but he was only under remain for 6 days. Now he is back and threatening me requesting a video of apologies that I had mistakenly gave a report and he is innocent. Is under seksyen 506. This is repeatedly happening. What can I do. Please advise
Ask Police officer what is the status of the report and make a police report for threatening.
Hai assalamualaikum, Tuan Alif. saya nak bertanyakan soalan tentang seseorang telah memalsukan alamat rumah nya ke atas alamat rumah saya dan berhutang. sekarang mereka sudahpun keluarkan notis sita rumah atas kami kerana pemalsuan alamat rumah. bagaimana ataupun cara utk saya saman keatas individu tersebut?
Walaikumsalam. Maaf puan, isu ini dibawah kes Sivil dan saya tidak mengendalikan kes Sivil. Walau bagaimanapun, adalah menjadi pelik bagi satu notis sitaan dikeluarkan terhadap rumah milik orang lain walaupun alamat tersebut telah dipalsukan. Nasihat saya buat 1 laporan polis berkenaan dengan pemalsuan alamat dan lantik peguam sivil untuk tindakkan seterusnya
salam tuan…mohon pencerahan…adakah tuan mengendalikan kes berkenaan tuntutan hutang…
Walaikumsalam. Tidak
Saya perlukan peguam bagi kes tuduhan ke atas saya.
kes akta 559.
nombor telefon saya 010-6661052
Boleh whatsapp 01114740734